
Saya sangat meminati fotografi. Dapat menyaksikan foto dengan komposisi atau sudut yang berbeza dari pandangan mata kasar kita membuatkan saya rasa kagum dan bersyukur dengan ciptaan Allah S.W.T Yang Maha Esa. Bermula dari sinilah saya cuba menceburkan diri dalam hobi fotografi. Bukan pandai sangat, baru nak belajar...
Untuk post pertama ni, saya ingin berkongsi dengan anda peralatan fotografi yang kini saya miliki. Setelah melakukan survey yang tak pernah sudah, akhirnya saya memilih sistem mikro 4/3. Kenapa sistem ini? Kenapa tidak DSLR yang lebih popular seperti daripada Canon atau Nikon. Mungkin saya akan bincangkan pada post akan datang.
Terdapat 2 syarikat utama yang mengeluarkan sistem mikro 4/3 iaitu Olympus dan Panasonic. Buat masa ini saya lebih tertumpu kepada sistem daripada Panasonic. Buat masa ini saya hanya memiliki kamera Lumix GH-2 beserta 2 lens iaitu Panasonic-Leica DG 25mm 1.4 dan 14 - 140mm.
No comments:
Post a Comment